PrepaidCard2u.com

Apa yang PrepaidCard2u tawarkan?

  1. PrepaidCard2u.com menyediakan sistem MyMode untuk anda membeli/menjual reload prepaid yang diselenggarakan oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd (618758-H). Anda boleh tambah nilai (topup) prepaid kepada pengguna Maxis (012 dan 017), Celcom (019 dan 013), ITALK MOBILE dan TMNET PREPAID.

  2. Selain dapat berhubung dengan ahli keluarga mahupun rakan anda, PrepaidCard2u.com turut memberi peluang kepada anda untuk menjana pendapatan yang lumayan dengan memperkenalkan sistem MyMode kepada rakan dan saudara-mara anda.

  3. Dengan modal permulaan yang sangat rendah, anda berupaya memperolehi pendapatan lima (5) angka!.

MyMode ialah satu sistem tambahnilai prepaid hanya melalui SMS yang pertama di Malaysia! Dengan erti kata lain, anda kini boleh menambahnilai (topup) prepaid tanpa keluar dari rumah. Dengan menjadi ahli, anda akan mendapat banyak faedah dan manafaat. Sila baca selanjutnya tentang apa yang kami tawarkan untuk anda. Membaca itu pelita hidup kita, bacalah dan fahami peluang ini kerana ia hanya datang sekali sahaja seumur hidup anda! Jadi, buatlah keputusan dengan bijak.

Cara Membeli Topup Melalui Sistem MyMode

1234 m10 1

Anda beli Maxis RM10.

M10 S/N: XXXXXXX PIN: XXXXXXXXXXXXXX Bal: 90.00

Server balas SMS anda.

Anda boleh gunakan PIN tersebut untuk tambahnilai baki kredit anda. Mudah bukan? PIN yang dihantar melalui SMS adalah sama seperti kad fizikal yang anda beli di kedai. Cuma bezanya, anda tidak perlu keluar dari rumah untuk beli reload setiap bulan. Tambahan pula, anda akan mendapat rebate (penjimatan) setiap kali anda reload. Bukan itu saja, peluang perniagaan juga anda perolehi.

Jadi? Kenapa anda masih bazirkan wang, masa dan tenaga anda pergi ke kedai sedangkan anda boleh beli reload dengan SMS??

Tips Istimewa

Pendapatan atau keuntungan yang akan diperolehi oleh Agen adalah melalui 2 cara iaitu :-

a) Menjual
b) Menaja

Agen perlu menumpukan kepada penajaan yakni membina network bagi memperolehi bonus yang tinggi pada setiap minggu. Dengan membina network juga akan membolehkan Agen mendapat kenaikan pangkat yang cepat dan seterusnya menikmati pelbagai jenis bonus yang disediakan oleh MyMode.

Kelayakan jenis bonus bagi Agen yang menjual dan menaja dapat dilihat seperti berikut:-

Bil.

Tumpuan Agen

Jenis Bonus

Runcit

Penajaan

Overriding

Salespool

MobilePreneur

Kepimpinan

a)

Menjual

b)

Menaja

c)

Menjual & Menaja

Anda nak yang mana....?.

Kelayakan mendapat jenis bonus mengikut pangkat adalah seperti berikut:-


Bil.

Tumpuan Agen

Jenis Bonus

Runcit

Penajaan

Overriding

Salespool

MP

CM-Club

Kepimpinan

a)

Mobile Agent

b)

Mobile Manager

c)

Chief Mobile

d)

Junior CM – Star CM

e)

2-Star CM ke atas

Setiap pangkat mempunyai keistimewaan tersendiri dan semakin tinggi pangkat yang dicapai oleh seseorang Agen, semakin lumayanlah bonus mingguan/bulanan yang akan diterima. Jangan cepat berputus asa dan usahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai pangkat tertinggi di dalam sistem ini.

Untuk penerangan yang lebih terperinci, sila baca MYREWARDS PLAN.

Persembahan MyMode

1. Gunakan apa yang anda guna sekarang dan tukarkan kepada wang!

Cuba kita fikirkan, alangkah ruginya anda reload prepaid anda setiap bulan tetapi apa yang anda dapat? Cukup kah dengan hanya boleh menggunakan talian sahaja? Tidakkah anda mahu lakukan perkara yang sama tetapi berpeluang mendapat pendapatan yang lumayan sehingga boleh ke angka juta? Bezanya hanya satu, tukarkan tempat anda membeli sekarang dikedai dan beli terus dari SMS sahaja. Ianya bertambah mudah dari cara sekarang dan tiada sebab anda harus menolaknya. Bagaimana dengan isteri anda? kekasih? rakan-rakan terdekat? ibu bapa yang menggunakan prepaid ini? Kenapa mereka tidak boleh membeli top-up card dengan anda?


2. Mudah sangat! Semua orang tahu buat

Amat mudah untuk dijalankan. Anda hanya perlu tahu guna SMS untuk jalankan perniagaan ini. Tiada barang yang perlu dibungkus dan diposkan untuk dijual kerana produk ialah nombor pin dan serial sahaja yang boleh dihantar dengan SMS.

Boleh dijalankan dimana sahaja asal ada talian. Tidak perlu pejabat, kiosk untuk jual prepaid dan sebarang premis. Kemudahan order reload hanya dengan SMS. Jika prepaid anda habis ditengah malam dan kedai sudah tutup, dimana anda harus dapatkan reload anda? SMS sahaja dan anda akan segera dapat nombor reload anda! Kenapa harus buat yang susah sedangkan ada yang mudah? Segalanya auto dimana segala urusan yang anda lakukan dari SMS akan terus dapat dilihat diinternet iaitu di online akaun anda. Anda juga boleh melihat network anda, bonus anda dll.


3. Murah sangat! Tiada risiko

Daftar sebagai agent RM65 (sekali saja seumur hidup), anda dapat modal pertama RM11. Jika nak dikatakan rugi, anda hanya ada risiko RM54 sahaja! Itupun setelah anda membeli reload beberapa kali walaupun tanpa sebarang penajaan, sudah balik modal RM54 tersebut kerana anda perolehi diskaun. Adakah anda rasa RM54 itu modal yang terlalu besar untuk mulakan satu perniagaan yang berpotensi? Tidakkah anda nampak hari ini prepaid sudah menjadi satu keperluan hidup? Walaupun jumlah bayaran permulaan adalah RM65, anda dapat kembali RM11 untuk anda membeli reload yang sememangnya anda beli juga setiap bulan. Ini bukan dikira modal atau kerugian walaupun anda tidak berjaya dalam perniagaan ini. Jadi apa yang anda takutkan??


4. Kenapa harus kayakan orang lain? Baik kayakan diri sendiri!

Tahukah anda pekedai yang menjual reload boleh mendapat keuntungan yang banyak dari jualan prepaid mereka sehingga ada yang masih boleh berikan rebate kepada anda. Kenapa tidak diagihkan keuntungan tersebut kepada pengguna prepaid sendiri? Kita pengguna prepaid (13.6 juta) adalah satu jumlah yang besar. Kita semua perlu bersatu menjadi pengguna bijak dan kayakan diri sendiri bukan orang lain. Wariskan kepada keluarga anda harta yang bermula dari RM54 tersebut. Bayangkan setiap kali pengguna seramai ini yang sekian hari bertambah reload prepaid setiap bulan dan kita mendapat keuntungan juga setiap bulan! Wang yang dibayar oleh pembeli adalah 100% milik anda dan boleh digunakan semula sebagai modal pusingan atau anda boleh beli apa saja yang anda inginkan! Anda fikirkanlah sendiri adakah dengan menyertai perniagaan ini satu kerugian atau keuntungan?


5. Tiada Persaingan

Persaingan amat kecil. Walaupun perniagaan ini berbentuk networking tetapi jika anda lihat perniagaan Network Marketing lain kebanyakannya berasaskan produk berbentuk makanan kesihatan. Kini sudah terlalu banyak sehingga ada yang tidak kuat semangat dia mahu taja orang akhirnya dia pula yang ditaja orang. Syarikat Network Marketing yang tumbuh bagai cendawan merumitkan lagi usaha pemasaran dan jika ahli tidak bijak akan menghadapi masalah. Tidakkah anda fikir semua ahli perniagaan lain juga menggunakan hand phone? Jika anda mahu menjual makanan kesihatan A, orang juga berkata "Akupun jual makanan A jugak". Jika anda jual prepaid orang akan berkata "Akupun guna prepaid tapi beli kat kedai, tak rugi masuk ni boleh buat duit lagi". Produk prepaid tiada konflik dengan produk kesihatan. Bayangkan ahli perniagaan tentu menggunakan banyak prepaid kerana sering membuat panggilan dan SMS. Alangkah ruginya mereka jika tidak membeli prepaid cara SMS dan kaut keuntungan lain.

6. Bimbingan Daripada Leader PrepaidCard2u

Kami sangat prihatin untuk membantu anda mencapai kebebasan kewangan. Anda tidak akan bersendirian apabila menyertai MyMode bersama kami. Anda akan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar PERCUMA secara online ataupun offline. Kami akan membimbing anda cara membina kumpulan dan seterusnya menjana pendapatan lumayan.

7. Dapat Bonus Setiap Minggu

Inilah perbezaan yang ketara diantara pengguna prepaid biasa dan ahli MyMode. Pengguna biasa hanya dapat kredit untuk panggilan setiap bulan dengan prepaid yang dibeli tetapi ahli MyMode dapat membeli prepaid dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Setiap minggu, bonus akan diberi setiap hari Khamis. Bukankah ini yang anda cari selama ini?

8. Web Replikasi Percuma

Dengan menyertai MyMode melalui PrepaidCard2u.com, anda akan diberikan sebuah web replikasi percuma yang boleh membantu anda dalam mengembangkan kumpulan. Web replikasi ini berfungsi sebagai medium promosi untuk meyakinkan prospek. Anda tidak perlu berbuih mulut menceritakan jika anda seorang yang tidak pandai becakap. Hanya berikan link web replikasi anda kepada sesiapa jua yang anda taja dan mereka akan berdaftar sebagai downline dibawah anda.

9. Plan Pemasaran Yang Mudah Difahami

Plan pemasaran MyMode adalah diantara yang paling ringkas dan mudah difahami. Jika anda pernah menyertai syarikat berasaskan Multi Level Marketing (MLM), Sudah pasti anda akan dapat memahami plan pemasaran MyMode. Namun begitu, jika anda masih baru dan kurang memahami, Anda boleh minta tunjuk ajar dari kami bila-bila masa.

10. Tabung Khairat Kematian

Bukan itu saja, Anda akan dilindungi dengan

tabung khairat kematian yang diberi nama

MyMode Community Care Programme (MCCP). “Apabila seorang agent MyMode meninggal dunia, agent yang lain akan menyumbangkan RM0.50 seorang. Begitu juga jika anda meninggal dunia, agent MyMode yang lain akan menyumbangkan derma tersebut untuk disedekahkan kepada pewaris anda.” Lihatlah! MyMode bukan sahaja memberikan anda kemudahan untuk membeli prepaid melalui SMS & peluang perniagaan, Malah dapat melindungi anda sekeluarga dengan program ini!

11. Topup MyPoint melalui MyMode Freedom Mastercard

MyMode Freedom Mastercard adalah kad debit yang dikeluarkan oleh EON Bank Group. Kad ini berkonsep Prepaid, wang perlu diisikan dahulu sebelum boleh digunakan. Agent MyMode boleh menambah nilai MyPoint secara online. Ini memudahkan VIP Member menambah modal tanpa perlu pergi ke bank. Malah, kad ini boleh digunakan dimana sahaja pusat membeli-belah yang menerima kad kredit Mastercard.

12. Kongsi peluang bersama rakan

Potensi untuk anda meraih pendapatan yang lumayan adalah sangat luas. Anda boleh menjana pendapatan hanya dengan berkongsi peluang perniagaan ini bersama rakan-rakan anda sahaja. Apa yang perlu anda lakukan, hanya perkenalkan perniagaan ini kepada 8 orang rakan saja dan pastikan rakan anda tiru/ikut cara anda. Mudah bukan? Lebih ramai rakan yang join bersama anda, lebih banyak pendapatan yang anda raih. Dengan adanya web replikasi PrepaidCard2u (hanya akan berfungsi selepas anda upgrade VIP), anda tidak perlu lagi keluar rumah untuk menaja. Hanya lakukan saja dari bilik tidur anda berpakaian kain pelikat! . Lihatlah bertapa lumayan keuntungan yang anda perolehi hanya dengan berkongsi kepada rakan!

Direct 8 System
(Untuk bonus tajaan ahli baru sahaja)

Level Pendapatan
1 8 X 10.00 = RM 80.00
2 8 X 8 = 64 X 1.00= RM 64.00
3 64 X 8 = 512 X 1.00= RM 512.00
4 512 X 8 = 4096 X 1.00= RM 4,096.00
5 4096 X 8 = 32,768 X 1.00= RM 32,768.00
6 32,768 X 8 = 262,144 X 1.00= RM 262,144.00
7 261,144 X 8 = 2,097,152, X 1.00= RM 2,097,152.00
8 2,097,152 X 8 = 16,777,216 X 1.00= RM 16,777,216.00
JUMLAH RM 19,174,032.00


** Pengiraan diatas merupakan bonus tajaan yang akan diterima oleh Agent Mymode yang tidak Upgrade pangkat MP, jadi insentif tajaan level 2 sehingga level 10 hanya RM1 seorang. Tetapi sekiranya Agent berkenaan berpangkat MP, Insentif tajaan downline level 2 hingga seterusnya adalah sebanyak RM8 seorang sehingga mana-mana downlinenya naik ke pangkap MP juga.

Bukan setakat itu sahaja, malah terdapat banyak lagi bonus dan insentif menarik apabila anda menyertai kami sebagai VIP Member. Untuk memahami lebih lanjut tentang bonus, Sila klik disini.


Setkan sasaran anda mencari 2 ahli seminggu bermakna semua ahli mendapat 8 orang dalam tempoh sebulan. Ini bermakna setelah 8 bulan module pendapatan ini lengkap. Paling tidakpun jika anda mencari 1 orang seminggu setelah 16 bulan module diatas lengkap. Bukankah ianya amat pantas dan mudah? Buat lah jangan hanya baca dan terfikir sahaja. Yang penting sekali anda lakukan dan lihatlah hasilnya. Jika anda tidak berbuat apa apa sudah tentu tidak berlaku. Cuba anda lakukan SEKARANG!

Segala carta pengiraan dan sasaran pendapatan adalah hanya simulasi dan bukan kami menjanjikan ahli akan berpendapatan sedemikian. Itu adalah untuk dijadikan sebagai sasaran atau matlamat sahaja dan bukan jaminan pendapatan.

You are visitor number :

 

[ Home ] [ Order ] [ Contact Us ] [ Disclaimer ]

Copyright © 2008. All rights reserved. This site is optimised for Firefox 1.5.02 and above.